Bahagian A :Teknik melukis pokok
1. Melukis struktur pokok. Mengenal pasti jenis pokok yang hendak dilukis dan menghasilkan lakaran ringkas struktur batang dan ranting dengan mengunakan pensel yang tidak terlalu gelap dan tekanan yang perlahan.
2. Melukis garisan luaran pada pokok dan memperjelaskan lagi struktur daun dan kanopi pokok tersebut
3. Sekiranya tidak diwarnakan, langkah seterusnya ialah dengan menggunakan garisan, memasukkan ton iaitu arah cahaya dan bayang bagi menampakkan bentuk pokok tersebut. Seterusnya memperinci setiap bahagian-bahagian pokok dengan jalinan pada daun, dan kulit pada batang pokok.
Mewarna Pokok (Teknik Cat Air)
1. Mulakan mewarna dengan warna yang paling terang (cerah terlebih dahulu) iaitu kuning kehijauan.
2. Campurkan warna yang gelap sedikit demi sedikit bagi menampakkan kesan bentuk dan ton bagi bahagian-bahagian yang terlindung cahaya.
3. Perinci bahagian pokok dengan menyapu warna yang semakin gelap seperti hijau gelap atau campuran biru gelap.
4. Warnakan bahagian batang pokok dengan warna coklat. Perinci bahagian jalinan, dahan dan ranting pokok.
2. Campurkan warna yang gelap sedikit demi sedikit bagi menampakkan kesan bentuk dan ton bagi bahagian-bahagian yang terlindung cahaya.
Bahagian B :Video pilihan teknik melukis dan mewarna pokok
1.Melukis Pokok
2. Mewarna Teknik Catan Cat Air
Panduan Melukis Kucing - Langkah Demi Langkah
contoh lakaran
Kami mengambil kesempatan ini bagi memberi panduan step by step cara melukis bentuk kucing secara asasnya. Untuk menghasilkan struktur kucing, seperti biasa kita hendaklah mulakan dengan buat bulatan sebagai struktur utama kepala dan badan kucing. Tanpa struktur bulatan sebagai asas, kemungkinan bentuk badan kucing tersebut akan lari, tidak seimbang atau tidak duduk ditempat yang sepatutnya. contoh 1 - kucing yang sedang duduk
contoh 2 - kucing sedang minum / makan
contoh 3 - kucing sedang berdiri
Contoh 1 - Kucing yang sedang duduk
Langkah 1 - lukiskan bulatan kepala badan dan kaki (peha)
Langkah 2 - Lukis pula kaki dan ekor kucing
Langkah 4 - Bolehlah dilukiskan kepala telinga dan kalau nak warna boleh mula warna pada step ni dan tak perlu masukkan ton lagi
Langkah 4 - Padamkan garisan-garisan struktur yang tidak diperlukan, Lakaran kucing telah siap. Bolehkan masukkan jalinan dengan berpandukan arah cahaya dan bayang.
Contoh 2 - Kucing sedang minum / makan
Langkah 1- Seperti biasa buatkan bulatan kedudukan kucing tersebut, nak buat ke kiri ke kanan terpulanglah
Langkah 2 - masukkan kaki, ekor dan lain-lain
Langkah 3 - Lukislah telinga, ekor dan padam semua garisan yang tidak diperlukan. Boleh mula warna jika nak teruskan mencatan.
Langkah 4 - masukkan ton berpandukan arah cahaya dan bayang
Contoh 3 - Kucing berdiri
Langkah 1 - Buat bulaan kepala, kaki dan badan kucing
Langkah 2 - Buatlah pula keempat-empat kaki dan ekor
Langkah 3 - Lukis pula telinga dan muka kucing, padamlah garisan apa yang tidak diperlukan. Boleh mula mewarna jika mahu mencatan.
Langkah 4 - Perbetulkan dan masukkan cahaya dan bayang.
selamat pelajar
ReplyDelete