Saturday, 26 May 2012

Arca

Arca

Reclining Mother and Child, 1975,
Henry Moore, (British, 1898-1986)
bronze, 94.5” x 53.5” x 47.5”
Definisi:

Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi. Permukaannya dapat dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut. Pengertian arca berasal daripada bahasa latin iaitu sculpere bermakna satu proses mengukir, melarik , mencungkil dan menguris.

Selalunya arca dapat dilihat di galeri, Taman permainan, dan tempat – tempat yang menjadi tarikan pelancong seperti di muzium dan Tugu Peringatan.

Jenis – Jenis Arca

Arca bersifat realis atau abstrak. Arca realis menampilkan objek sebenar yang difahami kewujudannya seperti ukiran dan acuan patung manusia. Arca abstrak pula adalah bersifat konseptual dan memerlukan daya pemikirkan yang tinggi untuk menginterpretasikan betuk dan maksud arca tersebut. Ini sesuai dengan peranan pengarca itu sendiri dalam merakam segala pengalaman dalam kehidupan melalui perluahan rasanya ke dalam bentuk arca. Arca terbahagi kepada dua kategori yang besar iaitu arca estetik dan arca berfungsi.

Arca Asemblaj

Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu makna. Walaupun pada kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi.

Penciptaan arca asemblaj termasyhur iaitu ‘ Bicycle Wheel ’ ( karya asli telah hilang ) adalah penciptaan terawalnya dalam bidang seni tangan yang mana arca ini dibina menggunakan bahan-bahan yang terdapat di rumah.

Bicycle Wheel
Marcel Duchamp, 1951

Arca Timbulan

Arca ini jga dikenali sebagai arca relief, dibina daripada hasil karya dua dimensi yang kemudian ditimulkan menjadi imej tiga dimensi. Arca ini adalah kombinasi antara cirri-ciri catan dan arca. Manusia pada zaman dahulu menghasilkan arca dengan memotong, memahat atau mengorek keluar latar belakang yang mengelilingi figura atau binatang akan menjadi fgura tersebut timbul dari permukaan dan kelihatan menarik. Henri Matisse (1869-1954) dan Jacques Lipcitz (1891-1973) adalah antara tokoh pengarca barat yang menampilkan aliran dan pengaruh kiubisme dalam arca timbulan ini.

Henri Matisse - Back, IV,
1930-1931

Jacques Lipchitz
Maquette No. 1 for "Musical Instruments"
(1923)

Arca Mobail

Mobail merupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan atau bahagian untuk membolehkannya bergerak dan dibangunkan menjadi sebuah arca. Mobail juga dikenali sebagai Acra bergerak atau Arca Kinetik . Mobail biasanya digantung di atas siling.

Bahagian mobail dicantumkan pada sendi untuk membolehkannya bergerak , berputar atau berombak. Mobail mula dipelopor oleh Alexander Calder dari Amerika bahan yang digantung mempunyai imbangan yang sesuai dan dicantum pada sendi untuk membolehkannya bebas bergerak.

ALEXANDER CALDER
American, 1898-1976)
The Star, 1960
Polychrome sheet metal and steel wire
35 3/4 x 53 3/4 x 17 5/8”
Arca Stabail

Stabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tapi tidak terawang-awang kerana kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak. Bahan atau bahagaian dicantum dengan tali/benang pada satu palang yang tidak boleh bergerak. Stabail tidak mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau bahagian yang dicantum boleh bergerak secara terawang-awang.

Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dan mudah didapati. Stabail boleh digantung di dinding, tingkap , atau pintu siling.

Calder, Alexander
"Stabile, Paris-La-Défense" - (1976)

Calder, Alexander -
"Hollow Egg" - (1939)

Arca Gabungan

Diorama

Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun sisi.

Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama . bahagian tapak kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama.


Boneka

Boneka (dari bahasa Portugis boneca) adalah sejenis mainan yang dapat berbentuk macam-macam, terutamanya manusia atau hewan, serta tokoh-tokoh fiksi. Boneka bisa dikatakan salah satu mainan yang paling tua, karena pada zaman Yunani, Romawi ataupun Mesir kuno saja boneka sudah ada. Namun fungsi, bentuk, maupun bahan pembuatnya ternyata berbeza sekali antara dulu dan sekarang.

Mummy Art Doll
Handmade,OOAK art doll sculpture.
Mixed media including fabric and PaperClay.
Height: 7.75", Width: 4.25", Depth: 1.75"

Stylized Martial Arts Sculpture Doll
Wearing Orange Gi
Origami

Origami merupakan satu teknik lipatan samaada dengan menggunakan kain ataupun kertas. Ia merupakan satu hasil kerja tangan yang sangat teliti dan halus pada pandangan.

Origami merupakan satu kesenian melipat kertas yang dipercayai bermula semenjak kertas mula diperkenalkan pada abad pertama oleh di Cina pada 105 A.D. oleh seorang Cina dikasi yang bernama Ts'ai Lun.

Kertas yang diperbuat dari hancuran tumbuhan dan kain buruk membolehkan kertas dihasilkan dengan lebih mudah dan banyak. Contoh-contoh awal origami yang berasal daripada Cina adalah tongkang Cina dan kotak.

Pada abad ke enam, cara pembuatan kertas kemudiannya dibawa ke Sepanyol oleh orang-orang Arab; dan juga ke Jepun (610 A.D.) oleh seorang sami Buddha bernama Dokyo yang juga merupakan doktor peribadi Ratu Shotoku

Semenjak itu Origami menjadi popular dikalangan orang Jepun semenjak turun-temurun sehinggakan ke hari ini terutamanya dengan penghasilan kertas Jepun tempatan yang dipanggil Washi.




Topeng

Topeng adalah benda yang dipakai di atas wajah. Biasanya topeng dipakai untuk mengiringi musik kesenian daerah. Topeng di kesenian daerah umumnya untuk menghormati sesembahan atau memperjelas watak dalam mengiringi kesenian. Bentuk topeng bermacam-macam ada yang mengambarkan watak marah, ada yang menggambarkan lembut, dan adapula yang menggambarkan kebijaksanaan.

Kehidupan masyarakat modern saat ini menempatkan topeng sebagai salah satu bentuk karya seni tinggi. Tidak hanya karena keindahan estetis yang dimilikinya, tetapi sisi misteri yang tersimpan pada raut wajah topeng tetap mampu memancarkan kekuatan magis yang sulit dijelaskan.

Mask (opharo edjo)
Wood, pigment, encrustation. H. 32 cm.
Private Collection, Belgium

An old Yoruba mask,
old incrustated patina gives this Yoruba Gelede mask a strong presence.
31 cm X 17 cm X 20 cm

Proses Pemasangan "Reclining Figure" terbesar Henry Moore



Arca Alexander Carlder Mobile di Philadelphia

Pengenalan Cetakan

Cetakan ialah proses terapan blok ke atas sesuatu permukaan.


Keistimewaan cetakan ini ialah mampu menghasilkan banyak keping karya yang serupa dan semua hasil karya cetakan itu dianggap asli.




Cetakan pada awalnya digunakan untuk pendidikan, propaganda, keagamaan dan seni tekstil. Cetakan bewarna muncul pada abad ke-15.






Di Malaysia cetakan kayu digunakan dalam penghasilan kain batik saring.

Jenis-jenis Cetakan
1. Cetakan Timbulan
Hasil imej berdasarkan kesan garisan di atas permukaan blok atau plat yang terlebih dahulu disapu dengan dakwat atau pewarna.

Kaedah cetakan timbul ialah kolaj, lino, potongan kayu, kad blok bergelugor, dan sayur-sayuran.









2. Cetakan Benam
Imej terhasil berdasarkan garisan di dalam blok atau plat.

Teknik yang digunakan ialah garisan asid, turisan, akuatin dan mesotin.
Kaedah yang berlawanan dengan cetakan timbul.








3. Cetakan Planograf
Dihasilkan melalui permukaan cetakan yang mendatar.

Dikenali juga sebagai litografi.
Ia adalah teknik sifat penolakan minyak dengan air.
Menggunakan blok batu kapur.Ia kelihatan seolah-olah lukisan pensil.








4. Cetakan Stencil (sarigrafi)
Menggunakan kain sutera yang diregang pada kayu pemidang.

Imej terhasil melalui potongan kertas pendua, filem laker atau skrin foto emulsi.

Sekuji digunakan untuk menyapu dakwat di atas skrin pemidang.





Friday, 25 May 2012

Jenis-jenis batik

JENIS-JENIS BATIK


BATIK LUKIS/CANTING





Batik blok juga dikenali sebagai batik trap atau batik capBlok kayu yang 
mempunyai corak timbul digunakan untuk menerap lilin cair ke atas kain.
Kain batik blok mempunyai kesan retak (retak seribu) disebabkan kesan 
warna akibat proses merenyuk kain untuk mengeuarkan lilin Kelebihan 
proses cetakan ini ialah ia dapat menghasilkan banyak batik dengan 
menggunakan blok yang sama.Setiap hasil batik blok dianggap batik tulin kerana 
setiap kali terapan dibuat, kesan garisan lilin yang dihasilkan adalah berbeza.






BATIK SKRIN
Teknik ini paling banyak digunakan kerana ia menjimatkan masa.Banyak kain batik dapat dihasilkan melalui satu skrin dan proses penghasilannya adalah berkali-kali ganda lebih cepat daripada proses batik blok dan batik canting. Disebabkan proses menghasilkan batik skrin tidak menggunakan lilin, hasilnya kelihatan kurang hidup dan tidak mempunyai kesan lilin. Batik skrin tidak dianggap sebagai batik tulen. semua batik yang dihasilkan menggunakan skrin yang sama.





Oleh kerana Batik skrin atau dikenali juga sebagai batik cetak tidak menggunakan lilin maka satu alat yang dikenali sebagai Kelongsong Stensil (funnel pen) yang berbentuk kon di gunakan dengan Kelongsong stensil ini diisi cecair laker yang bertindak seperti lilin. Ia digunakan untuk melukis corak pada kain pemidang skrin mengikut pecahan motif dan warna.















                                  BATIK PELANGI




























Dikenali sebagai batik ikat dan celup. Dihasilkan dengan cara mencelup kain yang telah diikat ke dalam pewarna cair. Warna yang cerah dicelup dahulu diikuti dengan warna yang gelap. Hasil corak batik jenis ini biasanya berbentuk bulatan-bulatan yang berwarna-warni. Proses penghasilan batik ini tidak menggunakan bahan lilin.


Teknik ini paling banyak digunakan kerana ia menjimatkan masa.Banyak kain batik dapat dihasilkan melalui satu skrin dan proses penghasilannya adalah berkali-kali ganda lebih cepat daripada proses batik blok dan batik canting.Disebabkan proses menghasilkanbatik skrin tidak menggunakan lilin, hasilnya kelihatan kurang hidup dan tidak mempunyai kesan lilin.Batik skrin tidak dianggap sebagaibatik tulen kerana semua batik yang dihasilkan menggunakan skrin yang sama adalah serupa.Teknik membatik sama seperti teknik cetakan skrin ( cetakan sutera saring).

Galeri Lukisan


Thursday, 24 May 2012

Bentuk

penghasilan bentuk melalui teknik lukisan

bentuk tangan dihasilkan melalui teknik lukisan

1. Bentuk mempunyai struktur jisim dan isi padu. Ia mempunyai lebih daripada satu permukaan dan bersifat tiga dimensi (3D)
2. Bentuk merupakan satu unsur yang amat penting dalam penghasilan karya seni yang bersifat realistik.
3. Penggunaan unsur-unsur seni yang lain dapat digunakan bagi menghasilkan bentuk seperti garisan, jalinan, rupa, ruang dan warna.
4. Garis luar sesuatu objek yang akan berubah mengikut arah pandangan mata.

Ciri-ciri bentuk

1. Bersifat tiga dimensi (3D) – mengandungi ketinggian, lebar dan kedalaman

2. Berstruktur - mempunyai rangka yang membolehkan membentuk form atau isipadu dengan tepat dan sempurna

3. Boleh dilihat dari semua arah – mempunyai lebih dari satu permukaan

4. Terdapat bayangan – mempunyai kesan cahaya dan bayang



Jenis-jenis Bentuk

A. Bentuk Konkrit

1. Bentuk sebenar yang bersifat 3 dimensi dan dapat dirasa, disentuh dan dilihat daripada pelbagai sudut.
2. mempunyai ciri-ciri nyata dan maujud (benar-benar wujud di hadapan mata)
3. Contoh benda berbentuk konkrit ialah seperti batu, kayu, meja, kereta dan sebagainya.

bentuk konkrit - meja

bentuk konkrit - bola

B. Bentuk Ilusi

1. bentuk ilusi ialah bentuk yang dihasilkan melalui kemahiran penggunaan unsur-unsur seni seperti warna, garisan dan lain-lain
2. Bentuk objek yang dilihat dan dihasilkan melalui lukisan, catan, fotografi, cetakan atau pada permukaan rata (bersifat dua dimensi)
3. Bentuknya tidak dapat disentuh tetapi hanya dapat dinikmati melalui deria penglihatan.
4. Bagi menghasilkan karya 2 dimensi yang dapat mencipta bentuk, penggunaan kesan cahaya dan bayang merupakan faktor terpenting.
bentuk ilusi teknik komputer grafik

bentuk ilusi teknik catan

Vincent Van Gogh 'Still Life"

Membina Bentuk Konkrit

Bentuk boleh dihasilkan melalui :-

1. Garisan – anyaman (rotan, lidi, buluh) , tenunan (benang, tali), lingkaran (dawai)
2. Rupa – potongan kadbod (polihidera), teknik lipatan kertas (seni origami), teknik lipatan kain (topologi)
3. Bentuk juga boleh dibina dengan menggunakan tanah liat, plaster of paris, kayu, lilin, sabun, batu, kaca dan sebagainya.

penggunaan unsur garisan iaitu daripada teknik anyaman dapat menghasilkan bentuk konkrit

potongan dan lipatan kadbod mecipta bentuk kotak

penggunaak kertas yang disulam dan dilipat menghasilkan bentuk

lipatan-lipatan kertas mencipta bentuk konkrit

seni origami

bentuk yang dihasilkan daripada bahan tanah liat

bentuk dicipta daripada plaster of paris

penggunaan kaca juga dapat menghasilkan bentuk

penggunaan bahan lilin

ukiran bentuk arca menggunakan sabun